Afrika Selatan sambut 100 hari menjelang Piala Dunia
PELAJAR sekolah menggantikan pakaian rasmi persekolahan kepada jersi bola sepak di Durban semasa menyambut 100 hari menjelang Piala Dunia 2010, semalam. |
Pegawai tertinggi Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) termasuk presidennya, Sepp Blatter dan setiausaha agung, Jerome Valcke, turut bersama-sama dalam sambutan itu ketika sidang media di Durban - senario yang menjurus mengenai kesediaan Afrika Selatan selaku tuan rumah kejohanan yang bakal diadakan dari 11 Jun sehingga 11 Julai ini.
Perarakan itu berjalan di sekitar 10 stadium yang akan menjadi gelanggang pertandingan bertujuan mengkritik sekalipun ada kerja pembinaan yang sudah diselesaikan dan semua pembinaan masih berjalan mengikut perancangan.
Afrika Selatan menyediakan belanjawan 33 bilion rand (RM17.55 bilion) dalam persiapan menjadi hos Piala Dunia dengan semua pembinaan utama sudah siap di semua gelanggang, termasuk 'Soccer City', stadium yang mampu memuatkan 95,000 tempat duduk bagi upacara pembukaan dan final yang dijangka diserahkan dalam masa kurang sebulan.
Perubahan besar juga dilakukan ke atas lapangan terbang di Johannesburg, Cape Town dan Bloemfontein sudah disiapkan manakala lapangan terbang baru di Durban dijangka dan akan mula dibuka pada 1 Mei depan . - AFP
Berikut daftar peserta FIFA World Cup 2010 South Africa teams :
AFC – Asia
* Australia
* Japan
* South Korea
* North Korea
CAF – Africa
* Algeria
* Cameroon
* Ivory Coast
* Ghana
* Nigeria
* South Africa (Host)
CONCACAF
* Honduras
* Mexico
* USA
CONMEBOL – South America
* Argentina
* Brazil
* Chile
* Paraguay
* Uruguay
OFC – Oceania
* New Zealand
UEFA – Europe
* Denmark
* England
* France
* Germany
* Greece
* Italy
* Netherlands
* Portugal
* Serbia
* Slovakia
* Slovenia
* Spain
* Switzerland







No comments:
Post a Comment